Monday, 30 March 2009

Harapan~

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu kau pernah berjanji pada mereka?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu kau pernah memungkiri janjimu pada mereka?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu kau pernah menghampakan mereka?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu kau pernah buat mereka menangis?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu, kau pernah buat mereka gembira?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu, kau pernah buat mereka tertawa?

Masihkah kau ingat,
Suatu masa dulu, kau pernah berjanji yang kau tak akan kecewakan mereka lagi?

Namun,

Adakah kau sedar,
Apa yang kau buat selama ini bukanlah janji kau pada mereka?

Adakah kau sedar,
Apa yang kau buat selama ini hanyalah palsu semuanya?

Adakah kau sedar,
Apa yang kau buat selama ini hanyalah mengkhianati harapan mereka pada mu?

Adakah kau sedar,
Apa yang kau buat selama ini hanyalah menghanyutkan dirimu di awang-awangan?

Sedarlah!
Masa sudah tidak banyak lagi.

Sedarlah!
Banyak lagi yang perlu kau kejarkan.

Sedarlah!
Dari mimpi-mimpi mu yang hanya akan tinggal sebagai mimpi.

Sedarlah!
Banyak lagi tanggungjawab mu kepada agama, bangsa, dan negara.

Sedarlah!
Janganlah mengulangi kesalahan lama lagi!

Sedarlah!
Berubahlah ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya!

Sedarlah!
dan Sedar dan Sedarlah!
Apa tujuanmu berada di tempat yang kau berada sekarang!

Sedarlah wahai engkau!
Walau apa pun yang pernah dan akan terjadi,
Kau tetap harapan mereka.

Berusahalah wahai engkau!
Janganlah sia-siakan harapan mereka!

Berusahala wahai engkau!
Jauhkanlah dirimu daripada anasir-anasir yang melekakan dirimu!
Jauhkanlah dirimu daripada anasir-anasir yang akan melemahkan dirimu!

Berusahalah wahai engkau!
Ke arah Misi dan Visimu yang kau janji akan kau capai,
Dalam tempoh yang telah diberikan.

Kaulah harapan,
Kaulah harapan,
Kaulah harapan mereka.

1 comment:

amy mohd nor said...

berusaha sherhan~~