Pages

Friday 28 January 2011

LAWATAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN KE ZAQAZIQ


LAWATAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN KE ZAQAZIQ

Saudara Afnan menerima sumbangan berbentuk makanan keperluan

Pada 21hb Januari yang  lalu, Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Wan Sherhan yang juga selaku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Mesir bersama beberapa ahli jawatankuasa kelab  telah mengadakan lawatan Kebajikan dan Kemasyarakatan ke Zaqaziq.

Lawatan selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar dengan program memberi bantuan dan sumbangan kepada ahli kelab di kawasan Zaqaziq. Sumbangan diberi dalam bentuk bahan keperluan dan barangan makanan asas seperti minyak, gula, dan lain-lain.

"Semoga dengan bantuan ini kita dapat meringankan beban ahli kita di Zaqaziq seiring dengan fungsi Kelab UMNO Kaherah sebagai satu kelab kebajikan. Motto RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN akan sentiasa dipegang oleh Kelab UMNO Kaherah", ujar Wan Sherhan.
 
Perjumpaan bersama pelajar untuk mendengar masalah mereka untuk dipanjangkan ke pihak atasan
 

Dalam kunjungan ke 9 buah rumah pelajar yang merupakan ahli kelab, beliau juga turut meluangkan masa untuk mendengar segala masalah yang dihadapi oleh ahli. Semoga dengan adanya program sedemikian, kebajikan ahli dan pelajar akan sentiasa terjaga. Dengan izin Allah SWT, lawatan Kebajikan dan Kemasyarakatan ini akan diadakan lagi ke kawasan yang lain.
 sumber : www.kelab-umno.com

Thursday 27 January 2011

Kunjungan ke Sekreteriat


KUNJUNGAN PENGERUSI
KELAB UMNO KAHERAH 

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2011  - Sekretariat telah dikunjungi oleh Pengerusi Kelab UMNO Kaherah, saudara Wan Sherhan Bin Wan Ilias pada pagi tadi. Beliau yang baru tiba dari Kaherah turut dikejutkan dengan berita rusuhan yang berlaku di sana semalam.
Pertemuan dengan Setiausaha KULN, Encik Shariff Hamid turut membincangkan mengenai Karnival Sukan 1Malaysia yang akan diadakan di Kaherah pada bulan depan. Beberapa perancangan program telah diatur bagi memastikan Karnival dapat dianjurkan dengan jayanya.

Selain itu, beliau juga menyampaikan perkembangan terkini Kelab-kelab UMNO di Timur Tengah serta beberapa permasalahan berbangkit yang perlu diberi perhatian.

Semoga usaha beliau untuk memartabatkan lagi fungsi Kelab UMNO sentiasa mendapat sokongan pelbagai pihak dan dipermudahkanNya. Insya Allah.
 sumber : www.kelab-umno.com