Pages

Friday 23 August 2013

‘RESCUE TEAM’ KELAB UMNO MESIR (KUMISR) BANTU WARGA MALAYSIA DI MESIR


KAHERAH : Pegawai-pegawai Rumah Negeri telah bekerjasama dengan KULN di Mesir dalam kerja-kerja amal Rescue Team di Lapangan Terbang Cairo.

Dari KULN lebih lima wakil telah berganding bahu dengan Para Pegawai Malaysia (EM dan kedutaan serta Pegawai Rumah Negeri)

Rescue Team yang diketuai oleh Pengerusi Damanhur, saudara Muiz telah bertugas mengedar makanan dan menyediakan pengangkutan untuk bawa keluar pelajar tersadai di Lapangan Terbang Cairo. Mereka seterusnya dihantar ke destinasi masing-masing.

Kronologinya:
16 Ogos 2013
SEBELUM EVAKUASI DAN KETIKA DARURAT

Misi keamanan & rescue pihak Pegawai KBMK, Rumah Negeri, MARA, Kelab UMNO Mesir (KUMISR). Pelajar yang baru tiba dan terkandas di airport kerana dalam waktu darurat. Team rescue mengedar makanan dan kad top up untuk memudahkan para pelajar memaklumkan keluarga masing-masing serta akan menghantar mereka ke Kompleks Rumah Negeri buat sementara waktu.


Team Rescue KUMISR dengan bantuan Ustaz Khairul Anuar Pegawai HEP Pahang mula memindahkan pelajar ke kompleks rumah negeri


Proses penghantaran pelajar dari Kompleks Rumah Negeri ke Tanta yang dikelola oleh Team Rescue KUMISR.


17 Ogos 2013
Pemindahan Pelajar Tanta dari Rumah Negeri ke destinasi masing2 oleh Team Rescue KUMISR 


18 Ogos 2013
Sekarang Team Rescue KUMISR berada di terimal 3 cairo airport utk menghantar pulang keluarga-keluarga Pelajar dentist. uni mansurah telah mengadakan konvo utk plajar dentist di masurah
Airport sesak dipenuhi dgn pelajar2 thailand kerana pelajar thailand evuakasi hari ini.



Team Rescue KUMISR menghantar pelajar2 Tanta pulang ke kediaman masing2.
Turut bersama ialah Ust.Muhd.Anwar Idris Pegawai HEP Melaka di Mesir merangkap Penasihat Kelab UMNO Mesir dan pegawai HEP Pahang,Kedah,Selangor dan Terengganu.




21 Ogos 2013

Diskusi Team Rescue KUMISR dgn SLO Embassy Malaysia, Tuan Ishak ttg keadaan semasa dan peranan KUMISR dlm membantu evakuasi dan bersama Duta Malaysia ke Jordan, Dato Malik



21 Ogos 2013 
KETIKA EVAKUASI

Kumpulan pertama EVAKUASI dengan bantuan bersama KBMK, MKN, EME, Pegawai HEP Negeri, Persatuan dan Team Rescue KUMISR.



22 Ogos 2013

Team Rescue KUMISR mengagihkan makan kepada pelajar-pelajar di airport sementara untuk berlepas.





23 Ogos 2013

Team KULN membantu OPS Pyramid 2 di KLIA dengan mengedarkan makanan kpd ahli keluarga dan pelajar yg tiba.
365 orang Air asia (chartered)
45 orang Singapore Airlines



Datuk Abdul Shariff Hamid, Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara



Akhir sekali, secara umum di KLIA

Kiosk Informasi OPS Pyramid 2 KULN di balai ketibaan KLIA, Gate 8
Kami menyediakan makanan & minuman untuk para pelajar dan informasi mengenai permasalahan yang dihadapi pelajar.



Alhamdulillah Kelab UMNO Mesir (KuMISR) , telah membantu sedikit sebanyak dalam meringankan sedikit beban pelajar-pelajar Mesir. Walaupun keadaan tidak stabil rakan-rakan seperjuangan Kelab UMNO yang berada di sana sanggup turun ke tempat-tempat berkenaan untuk membantu pelajar-pelajar. Tahniah kerana sanggup berkorban untuk kepentingan semua pelajar. 

Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

p/s: jangan setakat duduk di bilik gerakan sahaja ya rakan2.. hehe gurau2 gambar membuktikan segala... tapi kalau duduk di bilik gerakan pun xpa, sebabnya yang duduk di bilik gerakan shja tu la yg dikatakan banyak berjasa..... hehe...



Monday 19 August 2013

Borang Pendaftaran Evakuasi 2013


i) E-Borang ini disediakan untuk mengumpul pengkalan data dan profil pelajar Malaysia yang sedang berada di Mesir untuk dimasukkan dalam senarai evakuasi.
ii) Rekod yang dibina dari e-borang ini akan memudahkan kami memahami kelompok julat usia, jantina, kenegerian, bidang pengajian untuk kami susun mengikut kategori dan keutamaan.
iii) Kontak dan alamat perhubungan juga akan membantu kami untuk menyampaikan informasi dan arahan dari masa ke semasa sekiranya saat evakuasi itu diisytiharkan.
iv) Maklumat yang diberi adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan khusus agenda evakuasi dan tidak dikongsi dengan pihak ke tiga.
*** SILA BERI KEUTAMAAN MENGISI E-BORANG INI SECEPAT MUNGKIN (ASAP) ***

Pautan borang atas talian untuk pendaftaran:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDcxTlU5dHNvTkNacVVkaWxSZnJNbnc6MA#gid=0

Sunday 18 August 2013

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENANGGUHAN PEPERIKSAAN ULANGAN PELAJAR MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MESIR 18 OGOS 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat keselamatan dan kepentingan pengajian pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Memandangkan terdapat sebahagian kecil pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan maka usaha telah diambil di mana pihak Education Malaysia Egypt (EME) telah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Mesir yang mana semua peperiksaan ulangan yang dijadualkan pada bulan Ogos 2013 telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. KPT Mesir akan mengambil tindakan kepada mana-mana universiti yang tidak mematuhi arahan tersebut. 

Sehubungan dengan itu, pelajar perubatan dan pengajian Islam yang terlibat dengan peperiksaan ulangan tahun 2013 diminta untuk mengisi borang atas talian seperti berikut: 

1. Pautan borang atas talian untuk pelajar perubatan.
https://docs.google.com/forms/d/153dI_vwt2VR1GhSUMISKGcQcgJpmlQDxq1tRpSAjp-s/viewform

2. Pautan borang atas talian untuk pelajar pengajian Islam.
https://docs.google.com/forms/d/1RsHObrr-UiGRpff5s57UOEJBsYRiZugks4oBgRMwAFM/viewform

Maklumat yang diperoleh melalui borang atas talian ini akan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. 

Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan agar merujuk kepada KPM berhubung status terkini berkenaan pengajian di Mesir. Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh menghubungi bilik operasi KPM di talian 03 8870 6611 dan 03 8870 6627 atau e-mel:egyptcrisis@mohe.gov.my

Harapan KPM agar krisis yang sedang berlaku ini tidak akan menjejaskan pengajian pelajar Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Ogos 2013