Pages

Saturday 12 May 2012

Once in A Year Time Is Back

18/6/2012- Community Medicine Written Exam
19/6/2012- Community Medicine Oral Exam

28/6/2012- Forensic & Toxicology Written Exam
30/6/2012- Forensic & Toxicology Oral Exam

7/7/2012 - Ear, Nose & Throat Written Exam
8/7/2012 - Ear, Nose & Throat Oral Exam

16/7/2012- Ophthalmology Written Exam
17/7/2012- Ophthalmology Oral Exam

Good luck to all. I would like to apologise to all for any wrong doings. Human never free from errors. Hope this year's examination will bring some good news.

Sunday 6 May 2012

Sneak Peek "DARI KEGAGALAN KE KECEMERLANGAN"


"
 Masa Itu Emas


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah Al-‘Asr)
Firman Allah SWT dalam Surah Al-‘Asr telah menyatakan bahawa demi masa manusia itu dalam kerugian. Lihatlah bagaimana dalam  Al-Quran kalam Allah  itu sendiri menekankan tentang kepentingan masa. Ini merupakan bukti yang paling jelas dan kukuh yang harus menjadi pegangan kepada semua.
Sedarkah anda tentang kepentingan masa? Kepentingan menepati masa? Kepentingan menghargai masa? Kepentingan merancang masa dengan baik? Ada di antara kita yang hanya membiarkan dirinya dimakan oleh masa dan bukan dirinya yang mengawal masa. Tidak dinafikan semua perkara yang terjadi di dunia ini merupakan aturan Allah SWT. Namun tidak salahkan untuk kita merancang sebaik mungkin? 

Masa itu amat berharga dan tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Masa yang sudah berlalu, tidak akan boleh dikembalikan lagi. Lihatlah betapa ruginya andai kita mensia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah dan sia-sia belaka. Masa terutamanya ketika usia yang muda dan masih berbekalkan tenaga dan kudrat yang cukup haruslah dicurahkan kepada  perkara yang memberi bekalan dan faedah dunia dan akhirat. Islam itu agama yang syumul dan tidak menyeru penganutnya untuk mengabaikan duniawi semata-mata untuk ukhrawi. Sebenarnya , kita haruslah mengamalkan method atau konsep wasatiah yakni kesederhanaan dalam segala perkara yang kita amalkan. Kesederhanaan yakni keseimbangan dalam semua perkara. Dalam menyeimbangkan perkara-perkara ini, yang paling penting adalah masa, dengan membahagi masa dengan betul barulah kita dapat menyeimbangkan hal yang lain. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana andai kita tidak mempunyai masa yang mencukupi tidak mungkin kita akan mampu menjadi adil kepada semua tanggungjawab kita.
Mungkin kita selama ini sudah jemu mendengar istilah membahagi masa, namun ramai yang masih tidak faham dan tersilap langkah dalam menjalankan pembahagian masa. Ada yang tidak membahagikan masa dengan cukup untuk perkara yang sepatutnya. Ada pula yang mempunyai jadual masa yang terlalu padat sehingga tidak ada ada masa untuk merehatkan diri. Memang betul dalam hidup ini perlu ada panduan. Oleh itu, kita perlulah membuat suatu panduan membahagi masa dengan sebaiknya.
Bagaimana? Masih keliru? Sedar bahawa kita perlu ada jadual?  Tapi bagaimana mahu menghasilkan jadual itu? Jangan risau saya akan kongsi sedikit sebanyak  petua-petua dalam membahagi masa atau dengan tepat lagi mengawal masa anda.

Petua-petua mengawal masa anda:
Tetapkan keutamaan anda
Tahukah anda apa keutamaan anda? Senaraikan keutamaan anda. Sebagai seorang pelajar, anda harus tahu keutamaan anda. Tidak lain tidak bukan untuk menuntut ilmu. Tugas anda tiada lain selain mempelajari sebanyak ilmu yang mungkin. Ilmu bukan setakat ada di kelas, kuliah mahupun buku. Sekeliling anda dipenuhi dengan ilmu pelbagai jenis ilmu. Oleh itu, anda harus tetapkan pada diri anda yang keutamaan pada pelajaran anda. Tidak ada benda yang lebih utama dari pelajaran anda.
Mengatasi penangguhan
Manusia selalu menangguh kerja kerana kita beranggapan masih ada banyak masa untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan di masa yang akan datang. Banyak sebab yang menyebabkan kita menangguhkan suatu pekerjaan. Sebab utama adalah penyakit “M” iaitu Malas. Namun tidak dapat dinafikan terdapat faktor-faktor lain. Mungkin kita beranggapan bahawa tidak salah menangguhkan suatu kerja untuk hiburan yang lain. Contohnya, menonton TV, bermain game ataupun lepak. Walau bagaimanapun kelakuan seperti ini hanya akan menggagalkan anda dalam misi anda dalam jangka masa yang panjang.
Bagaimana untuk mengatasi? Disiplin. Itulah jawapannya. Ingatkan diri anda tentang niat, sasaran dan sebab anda belajar. Cara seterusnya adalah dengan mengutamakan yang utama. Hadiahkan diri anda hiburan yang sihat atau rehat setelah anda telah menyiapkan satu tugasan. Contohnya, berilah masa kepada diri untuk game selama 20 minit andai anda telah siap mengulangkaji semua topik yang perlu. Mudahkan? Hanya utamakan yang utama. Tangguhkan yang kurang utama.

Senaraikan sasaran kecil ulang kaji

Sasaran atau target adalah penting sebagai panduan agar kita mempunyai satu panduan. Letakkan beberapa topik untuk diselesaikan dalam hari ini, minggu ini dan juga bulan ini. Peganglah pada panduan ini, insyaAllah anda akan sentiasa berada dalam landasan yang betul. Dengan menyelesaikan sasaran seperti ini, anda akan dapati pembelajaran anda akan menjadi mudah. Anda tidak akan terkapai-kapai pada malam sebelum peperiksaan nanti.
Jadual belajar
Jadual belajar atau jadual harian adalah perlu sebagai panduan. Senaraikan segala aktiviti yang perlu bagi anda. Yang paling utama, jadualkan semua kelas anda. Masa anda ke sekolah, serta perkara-perkara wajib seperti solat, kelas tambahan andai ada kelas tambahan
Seterusnya masukkanlah masa ulangkaji dan latihan yang anda inisiatifkan sendiri. Pastikan masa ulangkaji ini merupakan sesuatu dominan dalam jadual anda. Jangan perkara yang tidak penting melebihi ulangkaji dan belajar anda
Setelah selesaikan semua perkara di atas, sekarang anda boleh masukkan masa riadah dan rehat anda dalam jadual anda. Jangan abaikan perkara ini kerana minda kita memerlukan rehat dan riadah serta sukan.
Kita merancang, Allah yang menentukan. Kadang kala terdapat halangan dalam melaksanakan jadual ini. Oleh itu, letakkan ruang kosong, agar kita boleh menggantikan perkara yang tidak terlaksana dalam ruang ini. Tapi ingat, jangan mengambil kesempatan atas ruang kosong ini dengan menangguhkan sesuatu pekerjaan.
Jangan lupa juga pastikan jadual anda itu mudah dan fleksibel. Pastikan juga masa itu bertepatan. Mungkin minda anda tidak dapat memberikan fokus pada waktu selepas sekolah, oleh itu masukkan ruang itu untuk menyiapkan kerja rumah dan lakukan ulangkaji pada masa anda dapat memberi fokus 110%.

Sekarang anda sudah mempunyai panduan,  satu panduan yang anda buat sendiri, namun panduan itu andai tidak diamalkan, tidak ada gunanya. Ibarat kita mempunyai kereta yang mahal tetapi disimpan hanya di rumah.
Panduan itu untuk diamalkan, janganlah dipandang lekeh panduan itu kerana zahirnya mungkin panduan itu sekadar sekeping kertas buruk tetapi batinnya mengandungi seribu satu kelebihan yang perlu dihormati. Ingatlah, mereka yang menghormati masa itu merupakan insan yang mulia.

"
nantikan kemunculan "DARI KEGAGALAN KE KECEMERLANGAN" InsyaAllah