Pages

Monday 31 August 2009

Emas dan Permata

Apa kabar semua? Semoga sihat semuanya.

Hari ini saya ingin bercerita, bercerita mengenai sesuatu yang selalu kita tempuhi. Pernahkah saudara semua memiliki sesuatu yang saudara amat sayangi dan hargai? Ataupun pernahkah saudara menemui sesuatu yang saudara ingin sayangi dan hargai tetapi masih belum saudara miliki?

Saya yakin dan pasti kita semua pasti pernah menghadapi situasi sedemikian. Perkara ini merupakan perkara yang mudah. Bagi yang sudah kita miliki, pastikan kita hargai dan jaga benda itu dengan baik. Bagi yang kita belum miliki, usahalah untuk memilikinya. Agak mudah bukan? Bunyinya teramat mudah. Mungkin akan ada yang senyum sinis apabila membaca pengenalan paparan saya pada kali ini.

Namun, apa yang saya mahu cuba sentuh di sini adalah bagaimana pula keadaannya bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang dan hargai? Tak kiralah apa benda, perhubungan, pangkat , dan lain-lain. Anda ingin memilikinya , berusaha memilikinya atau telah memilikinya, namun pada suatu hari anda sedar bahawa anda terpaksa melepaskan tangan ke atas benda tersebut atas sebab-sebab tertentu. Mungkin bukan nasib anda untuk memilikinya. Mungkin kesilapan anda menyebabkan anda terpaksa melepas tangan. Mungkin penganiyaan orang lain menyebabkan anda terpaksa melepas tangan. Semuanya keadaan berbeza namun konklusinya sama membawa kepada perbuatan melepaskan tangan yakni anda perlu merelakan benda itu bukan milik anda dan anda perlu terima hakikat bahawa benda itu milik orang lain.

Persoalannya di sini, bagaimanakah kita menangani keadaan ini? Melatah? Merungut? Melawan? Sedih? Atau Merelakannya? Terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada, tanyalah apa-apa sahaja yang anda rasa patut. Apa yang penting kesan pada diri anda dan sekeliling anda. Anda perlu menghasilkan satu suasana yang baik kepada diri anda walaupun telah kehilangan sesuatu atau tidak dapat mencapai sesuatu. Ada mungkin yang mengatakan anda cepat putus asa. Namun, adakah anda ingin mengejar sesuatu yang anda sudah mendapat bayangan bahawa anda tidak mungkin memilikinya atau benda itu masih tertutup untuk anda? Bertindak bijak? Tidak mengejar tidak bermakna berputus asa, tetapi bermakna bertindak bijak untuk mencari persekitaran dan cara yang lebih baik untuk diri sendiri. Fikir-fikirkanlah saudara dan saudari yang bijaksana. Ini hanyalah sedikit coretan daripada insan yang kerdil.

No comments: