Pages

Wednesday 11 May 2011

Enam puluh Lima


Sejarah ia menyatu bangsa,
menyuci tanah dari penjajah,
65 tahun banyak berjasa,
dulu kini dan selamanya.

65 tahun bukannya mudah,
penuh dengan pancaroba,
sedarlah wahai anak muda,
tugas besar menanti kita.

65 itu banyak maknanya,
mungkin matang mungkin matinya,
namun tiada gentarnya
sekira kita bersatu ke jalanNya

65 itu usia yang matang,
namun jangan leka memandang,
kerna kita sentiasa diserang,
oleh dia sang petualang.

65 tahun jangka yang panjang,
Pelbagai jasa dan banyak mendatang,
Namun tidak pernah lari dari kesilapan
yang penting sentiasa berani pohon kemaafan.

65 tahun menabur jasa bakti,
Namun masih ramai tidak sedar lagi,
Akibat tomahan saudagar mimpi,
Anak bangsa termakan diri.

65 tahun kita berjuang,
Kadang kala teratak bergoyang,
Akibat sengketa sesama pejuang,
Berebut menjadi panglima perang.

Janganlah kita terleka lagi,
dengan nikmat dosa duniawi,
Agama Bangsa sedang dikecami,
oleh pihak mencucuk duri.

Bersatulah kita anak bangsa,
Mencari satu titik pertemuan,
Mengelakkan perbalahan bangsa,
Kerana 65 tahun itu suatu pengajaran..



nukilan 
Sang Musafir

No comments: