Pages

Thursday 24 February 2011

CERAMAH MOTIVASI SEMPENA PROGRAM JUARA RAKYAT


CERAMAH MOTIVASI SEMPENA
PROGRAM JUARA RAKYAT

Pada 19 Febuari yang lalu Kelab UMNO Kaherah telah membantu UMNO Bahagian Kota Kinabalu untuk menjayakan Juara Rakyat bagi Bulan Pendidikan.
Bertempat di SMK Likas, Kota Kinabalu, Pengerusi Kelab UMNO Kaherah, Wan Sherhan telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar sekolah tersebut. Beliau telah menyampaikan ceramah serta kata-kata semangat kepada lebih kurang 200 orang pelajar.  


Selain memotivasikan mereka, beliau turut mengingatkan tentang pentingnya perpaduan dalam masyarakat untuk mengelakkan perkara seperti yang berlaku di Timur Tengah berlaku di negara kita. Turut hadir membantu beliau ialah Naib Pengerusi, Saudara Aizuddin Hidrus serta Timbalan Bendahari, Saudara Khairul Anwar Limat.


Program Juara Rakyat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, YBhg. Datuk Seruji Bin Haji Nawawi. Dalam ucapan perasmian penutupan beliau, YBhg Datuk Seruji telah mengatakan bahawa inisiatif ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah yang berada di Malaysia rentetan evakuasi  pada tempoh hari perlu dicontohi.


Program ini mendapat sambutan yang baik dari pihak sekolah serta pelajar. Semoga program seperti ini dapat diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan yang kurang berkemampuan.

No comments: