Pages

Tuesday 15 June 2010

Ke Pulau Impian

Assalamualaikum WBT,

Para pembaca sekalian,  pernahkah terdetik dalam diri anda mengenai impian anda? Pernakah anda bermimpi atau berangan-angan untuk mencapai sesuatu? 

Kisah angan-angan Mat Jenin mungkin membunuh atau menyekat kita dari terus berangan-angan. Angan-angan kosong memang tidak berguna, tetapi tanpa angan-angan atau impian, kita bagaikan layang-layang terputus talinya. Tanpa arah tujuan, tanpa pegangan. Tanpa impian, apakah modal yang kita mahu jadikan sebagai realiti?

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita haruslah berjiwa besar, berfikiran besar tetapi tidak bercakap besar. Impian ini sebenarnya membantu anda untuk melihat masa depan, merancang masa depan. Pernahkah anda fikir dalam masa 5 tahun siapakah anda? 10 tahun? 20 tahun?

Jangan takut untuk berfikiran besar dan bercita-cita besar wahai bangsaku, tetapi janganlah bercita-cita besar tetapi mahu mencapainya dengan cara yang mudah. Bangkitlah wahai bangsaku, bangkitlah dari kehidupan manja, kehidupan pengadu, kehidupan suka mencari kesalahan orang atas kesilapan sendiri. Berhentilah dari keadaan tidak senang duduk melihat orang lain berjaya. Kalau hendak bersaing, bersainglah dengan sihat. 

Wahai saudaraku, tanamlah cita-cita yang besar, impian yang besar dengan usaha yang besar seiringan denganya. Janganlah bercakap besar atas dasar cita-cita yang besar tetapi hanya menyalahkan orang yang lebih besar atas kegagalan kita yang besar.



No comments: