Sunday, 18 August 2013

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENANGGUHAN PEPERIKSAAN ULANGAN PELAJAR MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MESIR 18 OGOS 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat keselamatan dan kepentingan pengajian pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Memandangkan terdapat sebahagian kecil pelajar-pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan maka usaha telah diambil di mana pihak Education Malaysia Egypt (EME) telah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Mesir yang mana semua peperiksaan ulangan yang dijadualkan pada bulan Ogos 2013 telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. KPT Mesir akan mengambil tindakan kepada mana-mana universiti yang tidak mematuhi arahan tersebut. 

Sehubungan dengan itu, pelajar perubatan dan pengajian Islam yang terlibat dengan peperiksaan ulangan tahun 2013 diminta untuk mengisi borang atas talian seperti berikut: 

1. Pautan borang atas talian untuk pelajar perubatan.
https://docs.google.com/forms/d/153dI_vwt2VR1GhSUMISKGcQcgJpmlQDxq1tRpSAjp-s/viewform

2. Pautan borang atas talian untuk pelajar pengajian Islam.
https://docs.google.com/forms/d/1RsHObrr-UiGRpff5s57UOEJBsYRiZugks4oBgRMwAFM/viewform

Maklumat yang diperoleh melalui borang atas talian ini akan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. 

Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan agar merujuk kepada KPM berhubung status terkini berkenaan pengajian di Mesir. Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh menghubungi bilik operasi KPM di talian 03 8870 6611 dan 03 8870 6627 atau e-mel:egyptcrisis@mohe.gov.my

Harapan KPM agar krisis yang sedang berlaku ini tidak akan menjejaskan pengajian pelajar Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Ogos 2013

No comments: