Pages

Friday 10 February 2012

Ahli Kelab UMNO Kaherah digesa ingat niat asal perjuangan


Mantan Pengerusi Kelab UMNO Kaherah, Wan Sherhan Seruji berkata ahli kelab jangan terlalu leka dengan yang nampak megah tetapi lupa pada yang utama. Beliau berkata kita harus sedar, perjuangan utama kita adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang akan menjadi tiket kepada perjuangan yang lebih jauh lagi di masa hadapan demi agama, bangsa dan tanah air.
“Sebagai ahli Kelab UMNO kita mesti bertindak seperti pemain bola sepak yang mempunyai penyerang, midfielder, defender dan penjaga gol yang paling paling penting entiti satu pasukan mesti ada barisan jurulatih dan pembantu jurulatih,” ujarnya.
Jelas Wan Sherhan dalam satu pasukan bola sepak semua posisi haruslah seimbang andai ada satu yang rapuh pasukan itu juga ikut rapuh. 
Tegasnya dalam Kelab UMNO Kaherah dan juga dalam kehidupan bermasyarakat. Bersatulah kita dalam melakukan semua perkara. Kita juga harus sentiasa ingat niat asal perjuangan kita. Perjuangan kita, perjuangan agama, bangsa dan negara. 
“Perjuangan kita demi mempertahankan perjuangan nenek moyang kita serta memelihara generasi akan datang. Ingatlah, perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi, bukan perjuangan harta, bukan perjuangan untuk mendapatkan pingat, bukan perjuangan untuk mendapatkan penghargaan manusia, dan bukan jugalah perjuangan untuk menambah sengketa,”ujarnya.
Tambah beliau lagi masa depan negara berada di tangan kita, usahlah kita terus hanyut dengan keselesaan masa yang sebenarnya sudah suntuk. Semboyan sudah lama berbunyi, bukan untuk memerangi tetapi untuk memperjuangkan hak yang hakiki.
Beliau berkata demikian semasa penyerahan tugas kepada Pengerusi Kelab UMNO Kaherah yang baru Hafiz Hamzah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir baru-baru lalu.
Turut hadir dama Duta Besar Malaysia Ke Mesir, Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti, Pengarah EM Egypt, Professor Madya Dr Hj Suaidi Dato' Hj Safei, Pengerusi Kelab UMNO Kaherah yang baru, Hafiz Hamzah 
sumber:http://www.kelab-umno.com/, The Borneo Post, See Hua Daily

No comments: