Pages

Tuesday, 15 September 2009

Mudah Lupa

Nampaknya ramai di antara kita yang leka bahawa kita semakin hari semakin dipijak kepalanya.
Bangsa dan agama kita semakin dicabar dan diperlekeh. Namun perlukah kita salahkan pihak lawan kita? Atau kita perlu bermuhasabah diri dan meneliti sekiranya ada perkara yang kita terlupa dan terleka sehingga kita diperlakukan sedemikian rupa?

Pada pendapat penulis, tiada siapa yang perlu disalahkan, tetapi diri kita sendiri perlu disalahkan. Orang kita sendiri tidak mahu bersatu dan tidak mahu berusaha untuk bersaing dengan bangsa lain. Penulis sendiri berasa sedih melihat keadaan tersebut kerana penulis dibesarkan dalam keadaan berbilang kaum dan penulis dapat merasa betapa kita diperkecilkan oleh bangsa lain. Perjuangan demi perjuangan digerakkan oleh nenek moyang kita satu masa dahulu untuk membantu bangsa kita. Suatu masa dahulu, kita nampak amat stabil, tetapi masa demi berlalu kedudukan kita semakin terhakis dan mungkin satu hari nanti kita akan menjadi pelarian atau peminta sedekah di tanah milik sendiri?

Nampaknya mentaliti kita masih belum berkembang dan masih tidak mahu mengamalkan dasar pandang ke hadapan. Kita masih memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek. Kita mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk bersaing dan berjuang namun teknik dan taktik kita berjuang yang salah telah menjadikan kita seperti badut di sarkas. Namun lucunya dalam kita sendiri masih ada pihak yang menggelar bangsa dan agama kita sendiri badut sarkas. Kalau kita lihat dengan teliti siapa yang men"sarkas"kan diri dan keadaan. Terpulang pada semua untuk menilai. Apakah kita tidak ada cara lain untuk berjuang? Perlukah kekerasan dan ke"samseng"an pada setiap masa untuk membuktikan perjuangan kita? Tidakkah kita sedar setiap kali ada pihak yang mahu "berjuang" , semua bangsa dalam pihak tersebut akan memberikan sokongan penuh namun bila ada tiba masanya untuk turun padang untuk "berjuang" hanya bangsa kita sahaja yang menjadi badut di tengah jalan. Tidakkah benda sedemikian akan lebih memburukkan keadaan dan imej agama kita kepada dunia? Barat mengatakan Islam itu Pengganas? Mahu salahkan Barat? Ya benar mereka salah? Cara melawan? Dengan keganasan? Bukankah itu mengiyakan lagi "keganasan" kita? Lainlah seperti di negara yang seperti Palestin, itu wajib untuk mereka berjuang mempertahankan. Nampaknya dalam konteks negara kita sendiri, kita boleh lihat kita masih lagi tidak matang dalam bersaing dengan bangsa lain setelah 52 tahun merdeka. Bersainglah dengan cara yang sihat, buanglah sikap iri hati sama sendiri, dan dalam setiap perjuangan jangan terlalu mudah puas hati. Perjuangan itu tidak ada penghujungnya.

Melihat kepada kematangan, penulis teringat satu forum yang diadakan di tempat penulis belajar. Ahli panelnya merupakan mahasiswa. Penulis teringat tentang satu ahli panel yang sedang membincangkan tentang menuntut ilmu sains dalam Bahasa Inggeris. Mereka lantang menyuarakan bahawa perkara ini akan menjatuhkan martabat kerana kita akan lupa mengenai bahasa kita sendiri dan mengapa tidak kita kembali ke Bahasa asal kita ataupun beri peluang untuk belajar ilmu sains dalam Bahasa Arab? Kalau kita lihat dan berfikir secara cetek, mungkin kita akan bersetuju dengan hal tersebut. Namun mari kita lihat, secara mudah ilmu sains yang suatu masa dahulu dikuasai oleh Islam dan telah ditulis dalam Bahasa Arab tetapi telah dicedok oleh golongan Barat dan mereka telah akui itu merupakan hasil mereka? Penulis ingin membawa pembaca untuk sama-sama membuka minda. Apakah golongan Barat ini tidak belajar ilmu sains yang awalnya dalam Bahasa Arab sebelum menguasainya sehingga mereka mencapai tahap dapat menulis bahan untuk ilmu sains dalam Bahasa Inggeris? Apakah dengan suatu masa dahulu mereka belajar dalam Bahasa orang lain telah menyebabkan mereka telah melupakan Bahasa Inggeris mereka? Penulis percaya dan berpendapat bahawa kita sebagai umat Islam perlu memetamoforsiskan diri untuk menguasai pelbagai bahasa agar kita tidak ketinggalan. Kuasai Bahasa Inggeris untuk ilmu-ilmu yang bahannya dalam Bahasa Inggeris dan Kuasailah Bahasa Arab untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bahannya dalam Bahasa Arab. Semua bahasa ada gunanya, tidak lupa juga untuk menguasai Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kita. Siapa tahu satu hari nanti Bahasa kita pula akan menjadi kuasa besar dalam bidang Bahasa di dunia kerana apabila bangsa kita sudah cukup kuat dan cukup menguasai ilmu tentunya kita mampu untuk mengeluarkan bahan ilmiah "original" dalam Bahasa Melayu. Pada waktu itu, orang akan berkejaran untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana amat berguna untuk kegunaan ilmiah. Fikirlah dengan mendalam dan untuk jangka masa panjang. Janganlah kita cepat melatah kerana hal yang diperbesarkan oleh suatu pihak untuk kepentingan mereka sendiri. Pengalaman saya sendiri dalam konteks ini semasa bertugas di ward Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, semua pelajar perubatan menuntut dalam Bahasa Inggeris, namun apabila berinteraksi dengan pesakit, kami menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Cina mahupun Bahasa Dusun. Adakah dengan mempelajari ilmu perubatan dengan bahasa asing selama 6 tahun akan menyebabkan kita lupa dengan bahasa kita sendiri? Tepuk dada dan tanya selera. Kadang-kadang penulis berasa lucu mendengar orang-orang yang berfikiran pendek bersandiwara, bersemangat dan lantang menyuarakan pendapat mereka yang agak "bijak". Berfikir dalam sebelum bersuara kalau tidak status anda yang berpelajaran akan dipertikaikan dan orang akan mengatakan anda bodoh. Maafkan saya menggunakan perkataan tersebut.

Kesimpulannya di sini, untuk menaikkan martabatkan Bangsa dan Agama kita, kita sendiri harus berusaha dan memperbanyak ilmu di dada serta mematangkan diri kita.

1 comment:

Vaizura Azmie said...

wan,dina ckp open house rma ko raya 3.cmna mo p sna tuh?