Hari Raya ini mengingatkan penulis tentang banyak perkara.
Kenangan dari penulis kecil dulu sehingga sekarang. Terlalu banyak kenangan. Kenangan manis, pahit, masin, tawar pun ada juga. Namun apa yang selalu mengingatkan penulis ketika muncul raya ialah kesyukuran. Penulis bersyukur mempunyai ibu bapa yang kalau saya mahu katakan tidak malu dan tidak segan saya mahu katakan penulis mempunyai ibu bapa tahap 6 bintang,7 bintang dan berbintang-bintang.
Sebagai anak terlalu banyak dosa saya kepada mereka berbanding kegembiraan yang saya beri kepada mereka. Kalau mau cerita satu per satu memang tidak cukup ruang. Dengan membawa saya ke dunia ini mereka sudah cukup berjasa. Saya amat bertuah kerana dibesarkan dalam keadaan yang baik dan diberikan didikan yang mencukupi. Tanpa mereka tidak akan saya mampu berdiri sehingga hari ini dalam keadaan sebegini. Berapa banyak titisan air mata mereka mengalir kerana saya. Maafkan saya dosa saya. Ibu bapa saya pernah susah suatu masa dahulu, namun mereka masih ingin berikan terbaik kepada saya. Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Tidak apa yang aku pinta, cuma kemaafan daripada mereka. Hari Raya ini menandakan saya akan berjauhan lagi dgn ibu bapa tercinta tak lama lagi.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
No comments:
Post a Comment