Assalamualaikum W.B.T.
Setelah sekian lama menyepi akhirnya saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret sedikit pendapat saya di blog ini. Pada hari ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai semangat perjuangan pemuda-pemudi terutamanya mereka yang bertakrif Melayu/Bumiputera.
Ke mana perginya semangat nenek moyang kita? Perjuangan mereka? Wasiat mereka? Adakah kerana kita merasa diri kita pada masa kini lebih intelektual, kita ketepikan semangat, perjuangan dan wasiat mereka? Negara kita negara berbilang kaum, perpaduan amat perlu tetapi hak tetap perlu dipertahankan. Namun, adakah kerana hak kita , kita menjadi lalai dan merasa selesa? Hak kita adalah berdasarkan perlembagaan. Tidak mustahil perlembagaan ini akan digubal sekiranya kita tidak mempertahankan hak kita? Keselesaan dan kealpaan kita telah menyebabkan kita lalai dan tidak mengambil peduli tentang perjuangan kita. Mungkin kita hanya terfikir untuk menjadi kaya, berpangkat tinggi, dan hidup selesa tanpa memikirkan perjuangan asal kita...
Adakah perjuangan bangsa Melayu ini adalah perjuangan kaum semata-mata? Perjuangan Melayu bukan perjuangan Islam? Fikirkanlah, siapakah Islam di negara kita? Kaum mana yang menjadi simbol kepada Islam di negara kita? Apakah takrif kepada Melayu mengikut perlembagaan dalam pekara 160(2)?
- Seorang yang beragama Islam
- Bertutur bahasa Melayu
- Mengamalkan adat istiadat Melayu
Bayangkan sekiranya kita tersilap langkah, manakah arah tujuan kita? Apabila kita kehilangan kuasa? Mahukah kita kembali ke era penjajahan dahulu? Sejarah mungkin berulang dengan kaedah yang berbeza? Kita sudah tidak mampu lagi menikmati apa yang kita nikmati sekarang. Pemuda dan pemudi Melayu sudah tidak mendapat kelebihan dalam meneruskan pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi. Tiada lagi bantuan, tiada lagi pinjaman, tiada lagi biasiswa. Hanya kerana kita tersilap langkah termakan kata-kata, gula-gula pihak yang tidak ikhlas dan hanya ingin mencari kepentingan peribadi.
Sedarlah wahai bangsaku, sedarlah wahai pemuda dan pemudi, sedarlah wahai Melayu, kita sudah tidak boleh dalam keadaan selesa lagi. Tuntutlah ilmu, jadilah orang yang cemerlang dan yang paling penting bersatulah. Mengapa kita harus menolak perpaduan? Perpaduan sesama bangsa dan agama yang niat dan tujuannya baik.
Berusahalah untuk mengubah nasib bangsa kita, berusaha gigihlah pada jalan yang benar. Saya merayu pada semua pemuda dan pemudi.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11"
Hayatilah makna tersirat lirik lagu ini, bukanlah perkauman tetapi semangat kita.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara!
Sekian Wassalamualaikum W.B.T.
No comments:
Post a Comment